RSS Feed

ALLAH & dia…


Allah telah mengajar aku erti pergantungan
seata-mata kpd-Nya
mengajar aku pengharapan kpd manusia hasilnya cuma akan kecewa
tetapi, kalau aku berdoa kpd Allah, nescaya hatiku akan tenang & gembira
aku belajar
kalau sayang, mesti nak ke syurga bersama
sayang itu, tak bole lebih daripada sayang kpd Allah
kalau tak, pasti aku binasa
sekarang aku lebih faham
hakikat kita tak pernah memiliki
melainkan semuanya Allah punya
dan aku mula nampak
bagaimana sebenarnya hatiku sendiri
membawa aku utk selalu bermuhasabah
kerana aku takut
labih takut daripada segalanya
kalau Allah hilangkan cinta-Nya daripaku

semua ini Allah telah ajarkan padaku
melalui dia…

dia Allah anugerahkan untukku
supaya aku lebih dekat kpd-Nya

memang begitulah hidup manusia
tak lari daripada ujian

setiap kurniaan pasti datang bersama kasih sayang penciptanya
utk menguji hamba-hamba Nya yg beriman

cuma selalunya, makhluk ni lupa
‘bagai beruk mendapat bunga’

kurniaan Illahi akhirnya menjadi punca kebinasaan diri
bila hakikatnya,
manusia itu semakin jauh. terleka dgn hadiah kurniaannya

Ya Allah,
janganlah Kau hukum aku kerana kelupaanku
sesungguhnya, aku adalah hamba yg lemah
bawa aku kepada cinta-Mu Ya Rabbi…

langkahku adalah manifestasi cinta <3

apa dalam hati?


apa dalam hati?
kenapa resah gelisah je…

apa dalam hati?
kenapa semua benda jadi x kena

apa dalam hati?
sampai fikiran pun jadi x waras

apa dalam hati?
tadabbur pun dah x bagi kesan

apa dalam hati?
kenapa sampai jalan dah macam orang buta? x tahu hala tuju

apa dalam hati?
rasa ada benda x betul…

astaghfirullah…
ampunkan Ya Allah

bersihkan hatiku daripada segala keinginan yg selain dari Mu
suburkan taman hatiku dengan iman
hidupkan hatiku dengan cinta-Mu
hidup & matikan aku dengan asma’-Mu

selamatkan…
selamatkan aku Ya Allah
daripada amal yang sia-sia
nafsu yg x pernah puas
doa yang x diperkenankan

jadikan aku Ya Allah…
hamba-Mu yg bertakwa

langkahku adalah manifestasi cinta <3

‘secangkir teh…’


bismillahirrahmanirrahim…
assalamualaikum wbt, dear readers =)

huhu…tajuk tu bole jd je x de kaitan. cm sedap je bunyi, jadi la ^_^

tp maksud sy adalah, ape yg sy nk kongsikan kali ni cumalah benda ‘tiny mini’ gitu. tp dia dtg dr hadis nabi yg sahih. yg kita bole amalkan, insyaAllah stp kali dgn niat sbg sunnah nabi kita yg tercinta. maka, saat kita mengamalkannya dgn istiqomah, ganjarannya besar di sisi Allah, insyaAllah =)

sahih al-bukhari,

(23) Narrated Jabir: Allah s Apostle said, “When you intend going to bed at night, put out the lights, close the doors, tie the mouths of the water skins, and cover your food and drinks.” Hamrnam said, “I think he (the other narrator) added, ‘even with piece of wood across the utensil.’ (Book #74, Hadith #311)


sy berusaha cari malay version tp x dijumpai.

hah, tu lah die. simple je. mak2 selalu pesan. mak saya la…tp rasenye org tua2 suke je pesan bnda ni kn

dulu…dulu sbb waktu2 kecik2 je sy byk dok kt umah. pastu, sejak F1 dh jd perantau sbb dok asrama. skrg, dok merantau benua org pulak. sob3…=(

dulu, tp sy sentiasa ingt pesan mak sbb mak akan pesan kt sy setiap hari tanpa gagal. dan x kan berhenti berpesan sampai la sy buat apa yg dipesankan. memang jenuh la…huhu

so, antr pesan mak sy tu adalah bila dh nk maghrib, tutup tingkap, tutup pintu semua. jadi, bnda ni jd rutin la pd sy. sampai sy akan rasa pelik kalau sy ade kt umah org time mlm, besa la kdg2 overnight umah sedara, x pun g berziarah, pastu tingkap x bertutup.

semakin lama, semakin sy jumpa byk org, mcm x sume org pun practise bnda ni. lalu, sy pun menganggap ini cuma la amalan org tua2. x la pulak sy mengatakan ini amalan x baik. cume, kalau x practise x pe la kot…

sampai la bila sy dgr hadis ni, barulah sy tau, pesan org tua2 ni x penah la yg x berasas. tinggal kita je yg kdg2 x reti nk mencari sbb di sebalik pesan2 mereka. tau nk condemn je. haha…sbb tu la lama2 pesan org tua2 ni jd adat semata. sedangkan dasarnya selalu ada sbb dan tujuan yg baik

sy dgr drpd ceramah dr. MAZA. tp bukanlah the whole session. ade la kt minit ke 40 dan ke atas. huhu…tp kalau nk dgr the whole session pun x rugi ;)

same juga kita jgn biar mknn kita terdedah. mak sy suke pesan jgk bnda ni. tp, bnda yg sama jgk la sy fikir. x practise x pe la kot…lagi2 kt ireland yg x de tudung saji mcm kt msia nih. selalu sgt mknn terdedah kt meja mkn. sigh…

lepas ni, no more! hehe…

so, sy rasa best la skrg. ade bnda yg kita bole amalkan drpd sunnah nabi. simple je pulak tu. dan menurut huraian dr. di sebalik amalan ini, ade relevannnya dr sudut spiritual.

antara kita dan syaitan. ha…of course utk mengelak yg x baik. bayangkanlah, walaupun dgn hanya sebatang ranting kayu dan kita ltk melintang atas bekas makanan atau minuman. x susah pun. dan kita tutup tu dgn menyebut nama Allah. subhanallah…

pastu, ade lg pesan org tua2…

waktu senja kita jgn dok merayau kt luar umah. balik sblm senja. masuk umah bc doa. takut setan ikut. waktu senja setan byk kt luar. x pasal2 kene culik. ha…memg scary. yg ni lg la obvious kalau nk kate dongeng kn…tp asasnye masih btol. mungkin la tipu part setan tu. sbb anak2 muda ni kan degil. susah btol nk dgr kate. nk kene momok dulu br nk ikut. huhu…sape la tu

yg ni ade hadis jgk,

sahih bukhari,

Narrated jabir bin ‘Abdullah: The Prophet said, “Cover your utensils and tie your water skins, and close your doors and keep your children close to you at night, as the Jinns spread out at such time and snatch things away. When you go to bed, put out your lights, for the mischief-doer (i.e. the rat) may drag away the wick of the candle and burn the dwellers of the house.” Ata said, “The devils.” (instead of the Jinns). (Book #54, Hadith #533)

Narrated jabir bin ‘Abdullah: Allah’s Apostle said, “When night falls (or when it is evening), stop your children from going out, for the devils spread out at that time. But when an hour of the night has passed, release them and close the doors and mention Allah’s Name, for Satan does not open a closed door. tie the mouth of your water-skin and mention Allah’s Name; cover your containers and utensils and mention Allah’s Name. Cover them even by placing something across it, and extinguish your lamps. ” (Book #69, Hadith #527)

Narrated jabir: Allah’s Apostle said, “Extinguish the lamps when you go to bed; close your doors; tie the mouths of your water skins, and cover the food and drinks.” I think he added, “. . . even with a stick you place across the container.” (Book #69, Hadith #528)

byk la riwayat die rupenye…

ape yg nk kongsi sgt adalah betapa kita nk amalkan ape nabi suruh. walaupun sekecil2 perkara. dan bila kita buat dgn istiqomah, maka itu lebih disukai Allah. drpd amal byk tp x berterusan, lebih teruk kalau kita x tau knp kita buat. istighfar…

itulah sj dr saya =)
renung2 kan, selamat beramal…

BalQis
12/7/11, 9.41pm
dublin, eire

‘SABAR’ itu…kekuatan


bismillahirrahmanirrahim…assalamualaikum wbt, dear readers <3

sungguh, sy cintakan kamu. Allah yg menghadirkan perasaan ini setiap kali sy nk mulakan penulisan dlm blog ni. bukan blog sy pun…blog kami =) sy x tahu sape awak. tp sy nk awk tahu rasa hati sy. cuma Allah antara kita. semoga Allah sampaikan apa yg ade dlm hati sy utk kamu hayati. semoga kita dpt sama2 mengejar kepada 'Cinta & Reda' Illahi. amin…

daripada buku taman org2 saleh (riyadhus salihin),

SABAR itu…nmpk sgt besar ertinya bagiku. tidak la dia seringan kata-kata yg meniti di bibir. mudah saja utk kita katakan sabar. tapi hakikatnya, di mana sabar kita?

Allah Ta'ala berfirman:

“Hai sekalian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu.” (ali-lmran: 200)

dah sabar…x cukup lagi?
sabar di atas sabar
nk sabar at the first place tu pun belum tentu lagi

Allah Ta’ala berfirman pula:

“Niscayalah Kami akan memberikan cobaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikanlah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah: 155)


maka sabar itulah yg dituntut saat kita Allah beri ujian di dunia sementara ini. bukan ego…bukan azam kosong
bila kata kita harus sabar, kekuatan jiwa yg dituntut itu bukanlah sembarangan.

harus mujahadah. kuat!

generally, yg namenye ujian, rasenye sakit. kesannye pedih. yg pertama tersiksa ialah hati. hati dulu yg rasa sakitnya. hati dulu yg rasa peritnya. hati dulu yg nanti akan mula berbicara. konon-konon meluahkan rasa. hakikatnya, terhenti setakat dlm jiwa. lalu…berlinanglah air mata =(

apakah ini? tidakkah engkau reda?
bukan senang nk melawan sejuta syaitan yg gila menghasut sekeping hati yg sdg lemah. teruji ikatannya pd Yang Maha Pencipta

Lagi Allah Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada
hitungannya – kerana amat banyaknya.” (az-Zumar: 10)


kerana sgt sucinya sekeping hati yg sabar. hati itu sgt ikhlas kpd Rabbnya. kerana itu dia sukar…
sukar utk sabar itu menetap dlm hati yg tidak suci. belum sempurna ikhlasnya kpd Rabb. kerana, tidak ada kekasih yg tidak reda kpd kekasihnya. biar diberi duri sekalipun akan disimpan. meski dirinya sendiri nanti yang akan menjadi robek kerana duri itu.

mungkinkah belum cukup kasih kpd Rabb? mengapa tidak ikhlas dgn ujian? ujian bukankah drpd Tuhan Yang Maha Penyayang

Juga Allah Ta’ala berfirman:

“Orang yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu niscayalah
termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang teguh.” (as-Syura: 43)

kerana itu, bila nanti kita bisa sabar…kita telah menjadi kuat. sgt kuat jiwanya. teguh ikatannya dgn Rabb.
datang la badai…aku ada Allah.

Allah Ta’ala berfirman pula:

“Mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan shalat sesungguhnya Allah bersama
orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah: 153)

cuma hati yg teguh sj bole membimbing pelakunya utk menghadapkan wajah kpd Tuhan. kerana keyakinannya teguh kpd Rabb. maka dia tahu dia harus menyerahkan kembali penghambaan kpd Tuhan. dengan sabar dia memohon doa’…

Lagi Allah Ta’ala berfirman:

“Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui
siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang
bersabar.” (Muhammad: 31)

kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Mahukan hamba2-Nya juga berpaling dr segala yg menyibukkan dia selama ini. utk kasihkan Rabbnya. kerana Mahukan hamba-Nya itu bersih drpd dosa2nya. kerana Mahukan hati hamba-Nya itu disucikan drpd tompok2 hitam. agar nanti dia bisa menghayati cahaya hidayah

besarnya sabar itu, jika tidak…masakan Allah mengganjari kebaikan yg banyak
besarnya sabar itu, jika tidak…masakan hati menjadi kuat dengannya

didiklah hati utk sabar. sabar dalam taat…insyaAllah

BalQis
dublin, eire
12.14am, 28/6/11

permulaan kita…bagaimana?


“Segalanya permulaan yang tidak betul..
In Tarbiyyah on May 21, 2008 at 5:34 am

Memang kebiasaannya mereka yang memulai jalan ini akan merasai kemanisan. Kerana mereka belum pernah mengalami suatu bentuk hidup baru yang memang tidak terdapat di luar sana. Dunia luar penuh dengan leka, memenatkan jiwa dan batin dan kerangka kosong yang tidak dapat memenuhi keperluan ruh manusia. Tiba-tiba mereka mendapati suatu yang indah dan tenteram, yang sebelum ini hanya dibaca di dalam buku-buku ‘agama’ tentang manusia silam di awal Islam. Sekarang tiba-tiba mereka dapat merasainya sendiri sekelumit dari nilai-nilai yang hilang ini di dalam hidup mereka. Mula merasai indah dan permai, ibarat sang musafir di padang pasir yang baru ketemu ‘wadi’ dengan air sejuk dan pohon yang teduh.

Tetapi kemanisan ini juga tidak akan dapat bertahan. Ekspektasi mereka yang terlalu tinggi terhadap manusia-manusia tarbawi ini mengejutkan mereka bila berdepan dengan situasi-situasi ‘kurang islami a.k.a jahiliyyah’ dari masyarakat yang dianggap suci pada pertama kali pertemuan. Ada yang terus tersentak kembali, tidak dapat menerima kenyataan dan men’kecai’kan harapan tinggi mereka. Ini juga menyebabkan mereka terus lari, meninggalkan rumah tarbawi ini tanpa notis dan mungkin kembali ke ‘alam asal’ duduk bersendirian, kalaupun tidak membenci dan mengutuk para ‘masyarakat tarbawi’ ini.

Ini semua adalah kesilapan titik tolak juga.”

-quoted from MUNTALAQ wordpress (x tahu cne nk letak link. seb bek entri pendek. huhu…)

asalnya nk share dlm fb tp memikirkan…bole jd org x faham pun ape yg nk disampaikan.

baik la sy jadikan tazkirah utk para daie

reflect kembali permulaan kita

permulaan itu menentukan pengakhirannya

the abandoned capital


bismillahirrahmanirrahim…assalamualaikum wbt, dear raeders =)

smlm, duduk2 ‘riyadhus salihin’ bersama bidadari2 summer 2011. hehe…4 org sumenye. alhamdulillah
masih diberi izin utk sama2 mengingati Allah & mengoreksi diri

tajuk kali ni: bersungguh-sungguh. kadang2 org panggil juga jihad.

hadis yg sy nk share is, psl 2 nikmat yg selalu menjadikan kita lalai dengannya
itulah nikmat SIHAT & MASA LAPANG

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar
manusia yaitu kesihatan dan kelapangan waktu.” (Riwayat Bukhari)

-dipetik drpd buku Riyadhus Salihin.

dan itulah yg sdg dihadapi semua org bila cuti. x cuti pun sama je kengkadang…so, cuti apetah lagi. istighfar

kalau refer matan hadis yg bhs arab, perkataan sis-sia itu is ‘maghbuun’

dlm keterangan hadis tu diceritakan,

kata asalnya daripada ‘zhaban’

maksudnya:
membeli sesuatu dengan harga yang melebihi batas dari harga yang semestinya dan berlipat-lipat dari
yang seharusnya dibayarkan, jadi yang sepatutnya dibeli seratus rupiah, tiba-tiba dibeli
dengan harga seribu rupiah.

juga dari kata ‘ghaban’

maksudnya:
menjual sesuatu dengan harga yang terlampau sangat rendahnya, misalnya sesuatu itu dapat dijual dengan harga
lima puluh rupiah, tetapi hanya dijual dengan harga lima rupiah saja.

dlm buku RS ni, manusia diibaratkan sbg pedagang mcm yg disebut dlm hadis Rasulullah yg famous tu. dlm kita menjadi pendagang tu, ‘SIHAT & MASA LAPANG’ inilah modal kita. dgn sape pulak kita berbisnes?

ALLAH. itulah ghayah kita, insyaAllah.

“wahai org2 yg beriman! mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yg dpt menyelamatkankan kamu drpd azab yg pedih? (iaitu) kamu beriman kpd Allah & Rasul-Nya & berjihad di jalan Allah dgn harta & jiwa-Mu. itulah yg lebih baik bg kamu jika kamu mngetahui.”

(As-Saff, 61: 10-11)

buktinya kita sdg berjual beli dgn Allah.

bila fikir balik maksud perkataan ‘zhaban’ atau ‘ghaban’ yg diguna dlm hadis tu sgt la tepat. bg seorang pedagang, itu merupakan sebuah keuntungan besar. pedagang mane yg x mahukan keuntungan seumpamanya? mcm dpt gaji bonus.

nk katenye, nikmat masa ‘SIHAT & MASA LAPANG’ teramat sangatlah berharganya.

tetapi,…

dikatakan, manusia selalu bingung. kenapa?

tak tahu

mcm mana nk gunakan capital yg sgt berharga nih?

maka itulah kita. akibatnya, jadilah kita pedagang yg rugi dlm perdagangannya =(

“demi masa. sesungguhnya manusia berada dlm kerugian. kecuali org2 yg beriman & mengerjakan kebajikan serta saling menasihati utk kebenaran & saling menasihati utk kesabaran.”

(Al-Asr, 103: 1-3)

alangkah ruginya…

maka bagaimanakah kita dah manfaatkan capital yg kita ada? nk beli reda & syurga Allah

waktu ‘SIHAT & MASA LAPANG’ yg sgt convenient. kita habiskan dgn berangan2, duduk2 mengisi perut yg x lapar pun…tmbh2 la beratnye bila disuruh bekerja. x habis lg. tidur selagi boleh. menghadap skrin laptop buat bnda yg bukan2. bg la bpe tahun pun. x habis2 punye keje menghadap skrin laptop ni kalau x dibendung. merewang kt kedai2, tepi2 jalan, pasar2 mlm dan mane2 lg la tmpt yg ada. sumenye RUGI. pedagang yg MUFLIS.

bg pedagang yg bijak,

masa ‘SIHAT & MASA LAPANG’ inilah yg ditunggu2 utk dia berlari laju dlm medan kerjanya. waktu inilah sepatutnya perdagangan berlipat ganda keuntungannya. menderu2 duit masuk akaun. kecing2!!!

kalaulah saja pahala bole ada akaun mcm duit dlm bank. cume x bole transfer masuk akaun org lain je. huhu…sbb pahala hak milik peribadi ;)

sama la kalau kita umpamakan dgn kehidupan kita di dunia. target kita adalah akhirat. akhirat itulah yg kekal. maka itulah yg harus kita kerjakan dulu. prioriti mengatasi segala prioriti dunia.

silalah TEKUN bekerja. bayangkan akaun pahala kita. semoga Allah mengganjari kebaikan dr sisi-Nya…

BalQis
dublin, eire
24/6/11, 2.13pm

Adapting is Challenging


kehidupan akan melalui perubahan

bagi sesiapa pun

tapi, tak semua orang suka dengan perubahan

sebab,

dirinya terlalu bahagia dalam ‘comfort zone’ sendiri

sebab,

setiap kali terjadi perubahan, ada sisi dalam diri kita yang dituntut untuk berubah supaya selari dengan peredaran masa dan waktu

ada orang, habitnya berubah bile die mula masuk asrama.

ada pulak, jadi berubah sebab jumpa dengan kawan baru.

ada juga yg berubah sbb terima ideologi baru.

pointnye, bukan senang utk berubah. dan bukan senang juga utk mengubah.

baik diri sendiri, ataupun orang lain

semuanya perlukan masa

dan masa itu tak akn sama utk setiap org. ada yg sekejap, ada yg berzaman.

sy sendiri merasakan, sy amik masa setahun utk adapt dgn suasana baru

terasalah lembapnyeee kite nih…sigh

org lain sume dah berlari2. kita dok merangkak2 lagi

tapi,

semua itu hakikatnya adalah tarbiyah Allah buat hamba2nya

mengambil ibroh dari perjalanan hidup itu sendiri

ada satu perubahan yg paling berharga kurasakan sepanjang kehidupan ini

berkenalan semula dengan Allah melalui tarbiyah

seluruh aspek kehidupan kini dituntut. bkn setakat diri malah jiwa dan perasaan

segala minat, cita2…

segalanya utk Allah, islam dan dakwah

bagi yg merasakan hidupnya sudah cukup sempurna, bahagia

dia tak mungkin merasakan perlunya sebuah penghijrahan

bagi yang dianugerahkan Allah tarbiyah ini…bermulalah baginya satu fasa pembersihan

daripada jahiliyah kpd islam

mungkin dia cuma akn merasa sakit dan perit sepanjang tempoh pentarbiyahan

tapi,

kerana yakin

ketenangan hakiki hanya dari Allah. tiada kemudahan dalam kehidupan. kerana manusia itu dicipta dengan susah payah.

al-balad: 4

dan susah payah itu akan diberi ganjaran keikhlasannya drpd Allah

kekuatan itu drpd Allah

tapi diri kitalah yg perlu mula menginginkannya

didiklah hati…

BalQis
dublin, eire
15.34
18/6/11

Sang Pencerah


nk share movie ni. tapi…bg sesape yg ade kekangan utk memahami bahasanya, at least bole dpt general mesej yg nk disampaikan. Allah jua yg memberi kefahaman. selamat menonton ^_^

‘comelnyer tarbiyah’


aku boleh tiba-tiba tersenyum sendiri

gara-gara terfikirkan comelnyer tarbiyah

setiap sesuatu menjadi istimewa dengan sendirinya

hanya kerana sentuhan tarbiyah

aku sangat mencintai hakikat ini…=)

(mungkin boleh sambung tulis nanti. got to studi.)

everything begins with tarbiyah…


got nothing else to say…completely explained. this is what we want. insyaAllah

also…to be the one

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.